Tuesday, April 2, 2013

A Whole New World Of Mine

Assalamualaikum !

Tahun ni 21/12 Mira genap 18 tahun. Oh, terasa kelainannya. Selalukan, bangun mandi solat pakai baju sekolah and get ready for study. Kali ni lain. Bangun mandi solat pergi kerja. Pheww, rupanyanya bukan senang nak jadi adult ni. Mula mula kerja tu, Ya Allah, penat yang amat. Balik rumah je BAMM ! Tidur ! Hahaha. Apapun solat diutamakan ! Baru tidur. Tapi ada seronoknya. Lagi lagi bila kerja dengan kawan. Dapat je gaji especially cash, agak batak sikit nak shopping. Hahaha. Luckily mama suruh simpan. 

SPM result dah keluar 21/3 haritu. Alhamdulillah. Memuaskan. Berapa A ? Lol, nama dah ada A cukuplah. Hahaha. After result, Mira dihujani dengan soalan yang sama.

"Result dapat berapa A's?"
"Lepas ni belajar ke?"
"Sambung belajar kat mana?"
"Kau tahu dah kau nak apply apa?"
"Kerja apa sekarang?"

Jenuh juga nak jawab dengan jawapan yang sama. Tanyalah Mira sihat ke tak. Dah ada calon ke tak.. Eh ? Hahaha. Gurau k gurau ! Jangan serious !

Agak stress juga bila fikirkan pasal nak terus bekerja atau sambung belajar. Ramai galakkan Mira sambung belajar. Tapi ini pengakuan jujur Mira, MIRA TAK TAHU NAK SAMBUNG BELAJAR APA TT^TT 

So masa pemohonan UiTM haritu, Mira bubuh je 'Pengurusan perniagaan' 'Kulinari' 'Pengurusan makanan' 'Perhotelan'. Banyakkan pasal makanan ? Mira suka makan. Hehehe. Sebab tu dah gemuk ! Ini pun ayah yang suruh mohon kalau tak Mira tak nak mohon. Mira takut kena ambil PTPTN. Mira tak suka hutang banyak banyak. Takut umur tak panjang kang tak sempat nak bayar hutang. Hm, kesian family kena tanggung nanti.

Mesti ramai budak sekolah fikir "alah, best dah habis sekolah ! Boleh kerja cari duit. Tak yah belajar hadap cikgu membebel.". Adik adik sekalian, kami lepasan sekolah menghadapi masalah yang lagi hebat berbanding dengar cikgu membebel. Perkara yang kami rancang sekarang menentukan masa depan kitorang. Berdebar nak tahu apa yang kami kena hadapi nanti. Hm. InsyaAllah okay. Kita merangcang. Allah yang menentukan. Apa yang Allah tentukan untuk kita lebih baik dari apa yang kita rancangkan.

SPM candidate and SPM candidate wannabe, rajin belajar k :) I pray the best for y'lls ~