Wednesday, June 26, 2013

HOPE




Assalamua'laikum ~ Hai korang korang dan korang ~ Phew, tough day huh? Susah kut nak nafas sebelum ni sebab jerebu. Bau asap merata rata. Ugh. K jangan start merungut mira. Ujian ujian ! *come back to sense* Anyway, how y'll been? Jaga kesihatan tau. Pakai mask if terdedah kat luar tu. Oh ! Teringat pula. Hari tu ada usha Youtube. Tajuk video tu 'Save Malaysia form Haze'. Take a look.


Agak amused juga tengok Malaysian tolong Malaysian yang lain. My my, bersatu kita teguh bercerai kita roboh kan?

Actually, the reason the title is HOPE because I want Malaysia free from haze and also other country also *sorry english a lil bit terrible lama tak practise*. And also, I want to ask you guys a favor. Please doakan kesihatan ayah kawan saya. Sebab dengar cerita dia nak operation. Even tak kenal, tak salah kita doakan bukan? Thank you for doing it ^^

Wish you guys have a great life ~ Ciao ~

Wednesday, May 22, 2013

YOU SEE...

You see...

even cats and dogs don't fight. But human DO. Sometimes the fight make you closer. Sometimes, fight will make you hate each other and never talk again. Don't hurt people with your harsh words. If you do, say "I'm sorry". It would mean EVERYTHING. You might think "He/She will never forgive me" but HEY, at least you do a right thing ! So, for a while, take a few minute, THINK ! Who you've hurt with your word. You see, words can be a very sharp sword. You can't see that 'hurt', you can only feel it. You see, you need to appreciate them before they disappear and you might regret it.



Sorry for the short post ! :)

Wednesday, May 15, 2013

FOOD

Assalamualaikum ~

Hai. Kebelakangan ni agak panaskan kat Malaysia? Fuh, kalau peluh tu boleh ditadah, berbaldi-baldi air peluh tu. Selera nak makan pun dah kurang tak tahu lah kenapa. Anyway, pagi pagi dah mencari resepi yang sedap dimakan untuk orang sakit. EH, saya tak sakit. Hahaha. Just tak ada selera. Agaknya tekak ni nak cuba recipe baru kut. So tadi jumpa korean food yang namanya Japchae (Chap Chae)


Haaa, ni dia Japchae. Anyway, bulgogi tu gunalah daging ayam ^^ Belum cuba lagi but soon, maybe I'll make it. Hehehe.

Anddd, ada lagi satu makanan korea yang mesti dirasa. Well, untuk orang yang makan pedaslah.


Ini quick recipe making kimchi. Try it ^^


Ni pun quick recipe making mushroom soup. Tahu kan? Bila kita pergi pizza hut pastu dia hidangkan dulu mushroom soup? Urghh, sedapp sangat !! *start imagining*

My mom LOVE chinese food since she was young and teach me a little bit about chinese cooking. So I was wondering what type of food I want to make for her. So I decided searching for WANTAN MEE. Here's the recipe I look by asking Uncle Google

Ingredients 
Wantan noodles, 1 serving 

Gravy 
Garlic, 3 pcs, chopped finely 
Light soya sauce, 1 table spoon 
Dark Soya Sauce, ½ teaspoon 
Salt to taste 
Chicken meat, 100 gms, minced 
Vegetable oil, 1 table spoon 
Sesame oil, 1 teaspoon 
Oyster sauce, 1 teaspoon 
Spring onions for garnishing, 1 stalk, cut into small piece 

Blanch wantan noodle in boiling water and then put in cold water for a short while. Then blanch it again with boiling water and put aside. Put vegetable oil in wok and sautéed garlic until golden brown. Add a little water, light soya sauce, dark soya sauce, salt, chicken meat, sesame oil and oyster sauce. Add a little corn flour mixed with water to thicken the gravy a little. Pour the gravy over the noodles and mixed well. Garnish with spring onions and serve. 


Wondering how it look like? Here's the picture ~



Harap sangat nanti bila dah masak menjadi ^^







Tuesday, May 7, 2013

TOGETHER WE UNITED

BEHIND THE WINDOW, I HOPE FOR A PEACE SO I CAN SMILE


ASSALAMUA'LAIKUM AND HAI :)

Kebelakangan ni kita terlalu asyik dengan isu politikkan? Ramai yang semakin aktif untuk mempromote parti masing masing. Jangan salah faham. Mira buat post ni bukan sebab nak join sama, TIDAK sama sekali. Mira cuma nak katakan betapa kesalnya Mira dengan perangai masing masing memburukkan nama orang sana kutuk orang sini fitnah sana fitnah sini. Overall Mira penat dengar. Even adik Mira sendiri kata "diorang ni jahat ke baik kakak?". Mira speechless. Apa yang patut Mira explain kat adik sedangkan hakikat kita bertelagah sesama sendiri?



Ingat tak masa kita belajar sejarah dulu? Tentang merdeka? Budak form 3, 4, 5 masih belajar tentang ni. Dahulunya Tanah Melayu dijajah oleh komunis, Jepun... Awak tak rasa sedih ke mengenangkan datuk nenek kita terpaksa bersusah payah berjuang untuk hidup? Mungkin makanan tak selalu ada. Setiap hari mungkin ada pertumpahan darah berlaku. Kalau ada generasi daripada sebelum merdeka, minta diorang ceritakan betapa deritanya kehidupan masa itu. Dahulunya kalau ada tentera yang lalu, awak kena tunduk kalau boleh menyembah bumi. Awak tak nak tunduk? Dihukum mati serta merta.

Awak tengok keadaan sekarang. Masing masing bertelagah. Blackout whatsoever. Politik sana sini. Awak, fikirkanlah. Berbuat baik tak semestinya kena ada pangkat. Sedangkan orang susah pun tolong yang lain dengan cara yang mereka mampu. The point is, KITA KENA BEKERJASAMA, BERSATU ! As a real malaysian, kita tak mengira warna kulit. Kulit mungkin berlainan, darah yang mengalir masih merah. Ada ke yang darah alien HIJAU macam BEN10 ? K joke.

Antara sebab kita dapat capai kemerdekaan sebab mereka pada waktu itu bersatu menentang manusia manusia kejam yang menjajah Tanah Melayu. Jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka yang berjihad demi agama, bangsa dan negara. WE SHOULD PROUD FOR WHO WE ARE.

Dear Chinese yang marah pasal chinese tsunami, I'm terribly sorry for it on behalf Malay.

Mira tak pandai berkata-kata tapi harap post ini dapat sampaikan perasaan Mira yang hanya mahukan keamanan. Keamanan itu dapat dicapai jika kita bersatu.  Sekian.

Tuesday, April 2, 2013

A Whole New World Of Mine

Assalamualaikum !

Tahun ni 21/12 Mira genap 18 tahun. Oh, terasa kelainannya. Selalukan, bangun mandi solat pakai baju sekolah and get ready for study. Kali ni lain. Bangun mandi solat pergi kerja. Pheww, rupanyanya bukan senang nak jadi adult ni. Mula mula kerja tu, Ya Allah, penat yang amat. Balik rumah je BAMM ! Tidur ! Hahaha. Apapun solat diutamakan ! Baru tidur. Tapi ada seronoknya. Lagi lagi bila kerja dengan kawan. Dapat je gaji especially cash, agak batak sikit nak shopping. Hahaha. Luckily mama suruh simpan. 

SPM result dah keluar 21/3 haritu. Alhamdulillah. Memuaskan. Berapa A ? Lol, nama dah ada A cukuplah. Hahaha. After result, Mira dihujani dengan soalan yang sama.

"Result dapat berapa A's?"
"Lepas ni belajar ke?"
"Sambung belajar kat mana?"
"Kau tahu dah kau nak apply apa?"
"Kerja apa sekarang?"

Jenuh juga nak jawab dengan jawapan yang sama. Tanyalah Mira sihat ke tak. Dah ada calon ke tak.. Eh ? Hahaha. Gurau k gurau ! Jangan serious !

Agak stress juga bila fikirkan pasal nak terus bekerja atau sambung belajar. Ramai galakkan Mira sambung belajar. Tapi ini pengakuan jujur Mira, MIRA TAK TAHU NAK SAMBUNG BELAJAR APA TT^TT 

So masa pemohonan UiTM haritu, Mira bubuh je 'Pengurusan perniagaan' 'Kulinari' 'Pengurusan makanan' 'Perhotelan'. Banyakkan pasal makanan ? Mira suka makan. Hehehe. Sebab tu dah gemuk ! Ini pun ayah yang suruh mohon kalau tak Mira tak nak mohon. Mira takut kena ambil PTPTN. Mira tak suka hutang banyak banyak. Takut umur tak panjang kang tak sempat nak bayar hutang. Hm, kesian family kena tanggung nanti.

Mesti ramai budak sekolah fikir "alah, best dah habis sekolah ! Boleh kerja cari duit. Tak yah belajar hadap cikgu membebel.". Adik adik sekalian, kami lepasan sekolah menghadapi masalah yang lagi hebat berbanding dengar cikgu membebel. Perkara yang kami rancang sekarang menentukan masa depan kitorang. Berdebar nak tahu apa yang kami kena hadapi nanti. Hm. InsyaAllah okay. Kita merangcang. Allah yang menentukan. Apa yang Allah tentukan untuk kita lebih baik dari apa yang kita rancangkan.

SPM candidate and SPM candidate wannabe, rajin belajar k :) I pray the best for y'lls ~

Tuesday, January 22, 2013

CINTA KEPADA ALLAH

ASSALAMUALAIKUM.

 Dalam Islam, mati syahid (Bahasa Arab: شَهيدšyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid.

Well, siapa tak nak mati syahid. Its an honor to do that. Perlukan keberanian dan semangat jihad yang kuat. Macam kat Syria, Ya Allah, kesian sangat dengan kehidupan diorang kat sana. Terpaksa berhadapan dengan peperangan. Tapi walaupun orang yang mereka sayang telah terkorban dalam peperangan tetapi mereka redha dengan apa yang berlaku. Tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Dalam peperangan, walaupun sibuk mempertahankan yang tersayang tetapi mereka tetap melaksanakan kewajipan mereka sebagai orang Islam.

Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.

1.1 Jenis berperang terbahagi kepada :
i. Syahid dunia dan akhirat, iaitu mereka yang mati dalam peperangan kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan itu.

ii. Syahid dunia, iaitu mereka yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.

iii. Jenis tidak berperang iaitu mereka yang mati kebakaran, mati serta merta terkena wabak, mati beranak, mati sedang belajar dan lain-lain lagi.

1.2 Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar. Sebagaimana arahan Rasulullah ke atas para syuhada perang Uhud.
 
Sabda baginda, maksudnya :
"Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak di hari Kiamat dan tidaklah payah sembahyang ke atas jenazah mereka."

Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kapan dan kebumian. Disunatkan mengkapan bersama-sama pakaian yang dipakai semasa mati dalam peperangan itu.

1.3 Adapun syahid akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak semasa di dunia ia perlu dilaksanakan sebagai orang mati biasa dengan wajib mandi, kapan, sembahyang dan dikebumikan.

*copy paste dari sumber lain*

So, jangan takut mempertahankan orang yang tersayang, negara serta agama Islam. Paling penting sekali, walaupun di Malaysia aman dan damai, jangan kita lupakan hal akhirat dan kewajipan kita semasa kita berada di dunia ni. Kepada yang baru nak berubah, jangan takut untuk berubah kembali ke jalan Allah. Tiada manusia yang sempurna yang tidak mempunyai masa silam yang pahit. Wassalam.

Sunday, January 20, 2013

THE DESTINY OF TWO BECOME A FAMILY



ASSALAMUA'LAIKUM


Author Note : Terima kasih sudi jenguk entry kali ni. Kali ni, nak story pasal love. Ni cerita masa zaman dulu... well, takde ah lama mana. Sorry kalau cara penulisan tak berapa menarik. Almaklum, otak dah lama berehat dari exam SPM memang mcm ni. Anyway, cekidout ~

Jamaludin ni berkawan dengan Sahli dan mereka agak rapat. Satu hari, Sahli perkenalkan adik dia, Azlina. Okay, Jamaludin rasa sesuatu bila jumpa Azlina. Azlina ni lain sikit dari perempuan yang dia kenal. Perempuan lain sopan, control ayu. Azlina ? Panjat pokok, rempit, ketua rumah sukan da sebati dalam badan dia.

Tapi apa yang buat diorang sama ialah background diorang. Dua-dua hidup susah. Jamaludin berkebun dari usia muda. Rumah Azlina bila hujan jeh mulalah mcm air turjun turun dari bumbung tuh.

Jamaludin tak kisah punnn apa background Azlina asalkan hati dah terpaut. Dia cuba macam-macam untuk menangi hati Azlina tapi Azlina ni macam takde perasaan. Ada orang suka tapi tak perasan langsung. Jamaludin pun tak luahkan perasaan. Cuma tunjukkan perhatian. Bila Azlina nak pergi mana-mana, Jamaludin bawakan. Bila mak Azlina meninggal, Jamaludin tolong sikit uruskan.

Ditakdirkan, Azlina ni bertunang dengan seorang lelaki namanya Sokur. Namun Azlina rasa tak selesa dengan sedara Sokur. Azlina berfesyen sikit dah kena kutuk. Katanya macam perempuan murahan. Tapi yang lawaknya, masa tu Azlina tak pandai masak. Sokur pula ajak Azlina pergi pasar suruh beli barang dapur. Azlina dengan seronoknya tunjuk ikut suka hati dia. Balik rumah Sokur, Sokur suruh masak. Azlina terbeliak ! Dia pandang je bahan yang dia beli. Mak Sokur perasan, dia  pun tolong Azlina masak. "Nasib baik", monolog Azlina sendiri. Tapi disebabkan kutukan daripada sedara, Azlina rasa kasihan tengok Sokur terpaksa menahan telinga. Azlina buat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka.

Jamaludin pun apa lagi. Masuk line. HAHAHAHA. Jamaludin ajak Azlina jalan-jalan dengan motor besar dia, pergi tengok wayang dan Jamaludin menyarungkan cincin ditangan Azlina. Azlina terkejut ! Tapi dia happy. Akhirnya, mereka berkahwin. Walaupun secara bersederhana tapi mereka gembira sehingga sekarang. 

Sekarang mereka ada tiga orang anak yang sihat yang bernama Amirah Syahirah binti Jamaludin, Aiman Hariz bin Jamaludin dan Amar Hakimi Jamaludin. Walaupun ada kalanya muncul krisis antara mereka tapi mereka tetap bersama. Siapa kita kalau bukan keluarga bukan? Lagi pun sebelum bernikah, Jamaludin berkata kepada Azlina "kita bina keluarga bahagia ya? Susah senang kita sama-sama". 

Saya, Amirah Syahirah binti Jamaludin mengambil iktibar, seorang lelaki yang ikhlas akan terima kita seadanya. Manusia tak sempurna. Mereka sudah tentu inginkan yang sempurna. Tetapi Allah telah tentukan jodoh dan takdir yang lebih bagus dari apa yang manusia harapkan selagi mereka patuh dengan perintah Allah.

NI WATAK UTAMA YANG DARI TADI CERITA TUH ! HAHAHA. AZLINA DAN JAMALUDIN.

AMIRAH SYAHIRAH. ITS ME LAHH XD

AIMAN HARIZ. REALLY HANDSOME AND WEIRDO ~
AMAR HAKIMI. REALLY HANDSOME AND SENSITIVE PERSON
THE END :3